Jemaah Malaysia Diingatkan Sengatan Panas

Jakarta (KW-News). Lembaga Tabung Haji (TH) membuat persiapan menghadapi suhu ekstrem 50 derajat Celsius sepanjang musim haji tahun ini deng...

Jakarta (KW-News). Lembaga Tabung Haji (TH) membuat persiapan menghadapi suhu ekstrem 50 derajat Celsius sepanjang musim haji tahun ini dengan menempatkan kelengkapan baru di Mekah dan Madinah menghadapi cuaca panas tahun ini terutama di Mina, Arafah.

Syed Ali dan pejabat Tabung Haji Malaysia



Hal ini dikemukakan Pengurus Besar Kanan TH, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Pihaknya, selain menyediakan pelayanan konseling dan rawatan kesehatan, pihaknya akan menambah peralatan penyejuk badan khusus untuk jemaah haji Malaysia berwukuf. "Kita memperbaiki banyak kelengkapan tahun ini terutama di Mina, Arafah dengan menyediakan peralatan menyejukkan badan bagi jemaah yang terkena dengan cuaca panas. TH turut menambah ambulans selain mengingatkan jemaah minum air mencukupi bagi mengelak strok haba," katanya.
Sebelumnya, Syed Saleh menghadiri Majelis Perasmian Kursus Perdana Haji 1437H/2016M peringkat negeri yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, di Masjid Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah, mengingatkan jemaah haji Malaysia agar banyak minum air untuk mengurangkan risiko dehidrasi karena panas mencapai 50 darjah Celsius sepanjang ibadat haji tahun ini.
Syed Saleh berkata, seramai 250 petugas perubatan ditempatkan di bangunan penginapan dan lapangan terbang selain menyediakan 264 kamar di pusat rawatan di Makkah dan Madinah. (BH/MH)

Baca Juga:

Informasi Haji 4598683686589798662

Poskan Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item