PAS Malaysia Juga Larang Penggunaan Allah untuk Agama Lain

Datuk Nik Aziz Nik Mat Jakarta (KW-News). Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah ...

Datuk Nik Aziz Nik Mat

Jakarta (KW-News). Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu telah berubah pendiriannya.Ketika ditanya mengapa sebelum ini beliau menyokongnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut (tidak masuk akal).



"Kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS (Partai Islam Se-Malaysia).
Padahal sebelumnya, pada 8 Januari lalu, Nik Aziz berkata, penganut agama lain patut diberi ruang untuk membolehkan mereka menggunakan kalimah Allah karena ada nilai dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam.
“Allah satu, kalau ada orang lain nak guna... agama yang mana tuhannya tidak satu (kemudian) tiba-tiba dia nak guna (kalimah) Allah, (maka) ini tidak betul, kerana apa nak letak nama Allah, Allah digunakan oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, Maha Kuasa. Jadi, kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, baru lalu seperti dikutip Berita Harian edisi Selasa, 15 Januari 2013.
Dalam Musyawarah Majelis Syura PAS di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur  diputuskan bahwa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Terjemahan God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah adalah tidak dibolehkan dan hendaklah dicegah.
Diminta mengulas lanjut pandangannya yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, Nik Aziz berkata, walaupun boleh disebut kalimah itu namun maknanya salah. Majelis Syura menolak pendapat bahwa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu pertahankan keputusan dua tahun lalu yang membenarkan kalimah itu diguna penganut agama lain. :Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran," katanya. (*)

Baca Juga:

Internasional 4442511238782551430

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item