Waspada Paket Umrah Murah

Jemaah Umrah di tempat Kelahiran Rasulullah di Mekah Jakarta (KW-News). Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia...

Jemaah Umrah di tempat Kelahiran Rasulullah di Mekah

Jakarta (KW-News). Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) menyeru orang ramai supaya tidak tertipu dengan paket umrah terlampau murah untuk menghindari berbagai peroalan di Arab Saudi.
Menurut Presiden Bumitra Malaysia, Mohd. Ayub Hassan, banyak paket umrah terlalu murah dan tidak masuk akal ditawarkan pihak tidak bertanggungjawab dan akhirnya niat jemaah untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian kerana ditipu setelah pembayaran.



"Orang ramai diminta supaya berhati-hati untuk membeli paket terlalu murah ini kerana harga rata-rata paling rendah untuk mengerjakan umrah adalah sekitar RM4,000 ke atas." Dari paket itu sudah termasuk visa, tiket penerbangan, pengangkutan, hotel, makanan dan lain sebagainya. Hal itu setara dengan sekitar Rp 12 juta.
"Jumlah tersebut (RM4.000 dan ke atas) adalah lebih munasabah dan realistik," katanya selepas menghadiri sesi Program Perniagaan Umrah, Haji dan Pelancongan Antarabangsa Keempat.
Tambah Mohd. Ayub, orang ramai juga dinasihatkan supaya memastikan agen-agen wisata tersebut berdaftar dan sah sebelum membuat sebarang pembelian paket umrah.
Dalam pada itu, Bumitra Malaysia mentargetkan jumlah jemaah umrah tahun ini akan meningkat menjadi 200.000 jemaah dari tahun 2012 lalu yang mencapai 170.000 jemaah. "Pada tahun ini, sebanyak 40 agen wisata yang terlibat dalam industri tersebut mengambil bahagian dalam program ini," katanya.

Baca Juga:

Internasional 1969895006306130003

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item