Malaysia Larang Non Muslim Gunakan Kata Allah

Mufti Kelantan Jakarta (KW-News). Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah A...

Mufti Kelantan

Jakarta (KW-News). Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan permohonan itu. Dalam putusan itu, ada 24 istilah termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 sebagai hak eksklusif agama Islam.



"Perkataan-perkataan itu ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, imam, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, iman, nabi dan sheikh. Undang-undang Islam negeri ini sudah lama memperuntukkan bahwa kesemua perkataan itu tidak boleh dikaitkan dengan agama lain. Kita sebagai orang Islam seharusnya patuh pada peraturan yang sudah sekian lama terpakai dan tidak membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam timbul kembali selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sambutan Natal lalu meminta kerajaan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam Bible.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti dilaporkan Utusan Malaysia menyatakan kesal terhadap perkara itu dan menitahkan dengan tegas bahwa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Islam di negeri Selangor oleh pemeluk agama bukan Islam.
Namun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menyatakan tak keberatan penggunaan kalimat Allah bagi kalangan bukan Islam dengan alasan sebagai kaedah dakwah mendekatkan mereka kepada Islam.
Ketika diminta mengomentari pernyataan Nik Abdul Aziz itu, Mohamad Shukri enggan mengulas. Ia hanya menasihatkan semua pihak di negeri ini agar menghormati keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008.
''Enakmen ini diluluskan Sidang DUN 1981, saya tidak tahulah bagaimana kedudukannya sekarang sama ada peruntukan di dalamnya masih berkuat kuasa atau tidak. Terserahlah sama ada kita mahu hormat atau tidak pada undang-undang yang kita sendiri gubal," katanya. (*)


Baca Juga:

Internasional 6587157040248438581

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item