Panas Politik Malaysia Galakkan Istighasah

Umat Islam Malaysia Berdoa di Masjid Jakarta (KW-News). Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari Kamis lalu  menyelenggarakan Istighasah al...

Umat Islam Malaysia Berdoa di Masjid

Jakarta (KW-News). Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari Kamis lalu  menyelenggarakan Istighasah al-Kubra dalam rangka penyatuan umat di Masjid Putra. Tujuanya, memohon perlindungan Allah SWT dalam bentuk zikir dan doa beramai-ramai agar negara dan rakyat tak tertimpa bala dan bencana.

Zikir dimulai sejak pukul 04.00 waktu setempat dengan salat sunat Tahajud, salat Hajat, solat Witir, solat Subuh, berjemaah yang dilanjutkan dengan tazkirah dan zikir munajat Istighasah. Lebih 1.000 umat Islam menyertai majelis zikir itu yang berlangsung hampir empat jam. Majelis zikir ini diadakan bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Menurut Ketua MPM, Dr Hasan Mat, program itu akan diperluaskan ke beberapa negeri dalam waktu dekat seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Ia berharap umat Islam tanpa melihat kedudukan dan faham politik bisa hadir dalam rangka penyatuan umat itu demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. "Majelis ini baik untuk umat Islam supaya mengetepikan perbedaan ideologi politik. Jangan kerana isu politik kita berpecah-belah," katanya.

Menurut pimpinan Jawatankuasa Penganjur Majelis Istighasah al-Kubra, Datuk Seri Isahak Yeop Mohd Shar, usaha menyatukan umat melalui majelis zikir adalah sesuatu yang istimewa berbanding dengan menganjurkan perhimpunan. Dalam majelis ini kita berdoa dan bermunajat supaya umat Islam seluruh negara berkasih sayang, bersatu padu dan terus berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya." (MH/KB Malaysia BERNAMA)

Baca Juga:

Serba Serbi 9001618789879929020

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item