Malaysia Subsidi Jemaah Haji Rp 15 Juta Perjemaah.

Jakarta (KW-News). Pemerintah Malaysia bersama Lembaga Tabung Haji menyumbang lebih RM100 juta setahun sebagai subsidi kepada setiap ora...


Jakarta (KW-News). Pemerintah Malaysia bersama Lembaga Tabung Haji menyumbang lebih RM100 juta setahun sebagai subsidi kepada setiap orang yang menunaikan fardu haji buat kali pertama. Hal ini dikiemukakan Wakil Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Subsidi itu bertujuan mengurangkan biaya haji yang semakin meningkat.

"Biaya itu termasuk sewa hotel, kos pengangkutan dan makan minum, tidak termasuk kos kesehatan dan petugas penyelia jemaah haji," katanya yang juga Ketua UMNO bahagian Bachok kepada media pada majelis ramah mesra dengan bakal haji dari Bachok.Sebanyak 180 jemaah haji menyertai majelis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO bahagian Datuk Dr Ilias Hussin.


Awang Adek berkata, pemberian subsidi itu menjadikan biaya haji untuk jemaah dari Malaysia menjadi terendah berbanding beberapa negara jiran. Menurutnya, mereka yang menunaikan haji lebih daripada sekali dikecualikan daripada subsidi itu.
"Mereka menanggung kos sebenar hampir RM15.000 berbanding tidak sampai RM10.000 seorang bagi mereka yang menunaikan haji untuk kali pertama," katanya.(BERNAMA/MH)

Baca Juga:

Internasional 8273740449153436672

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item