Malaysia Ketakutan Dilarang Haji

Jakarta (KW-News). Pelopor gerakan BERSIH 3.0 perlu bertanggungjawab jika di kemudian hari jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan haji ...

Jakarta (KW-News). Pelopor gerakan BERSIH 3.0 perlu bertanggungjawab jika di kemudian hari jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan haji dan umrah. Demikian ditegaskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dikutip Bertita Harian (Malaysia).



Menurut Hamidi, pihak keamanan Arab Saudi memandang serius tindakan peserta BERSIH 3.0 yang mengadakan gerakan berunsur politik di negara Saudi. “Arab Saudi cukup sensitif terkait dengan demonstrasi atau sebarang perhimpunan haram yang dilakukan di negaranya. Dulu ada warga sebuah negara Islam yang melakukan demonstrasi di Mekah dan Madinah untuk tujuan politik di negara itu dan Arab Saudi tidak mengizinkan jemaah dari negara itu menunaikan haji dan umrah selama tiga tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari UMNO Ke-66.
“Saya cukup khawatir atas sensitivitas Arab Saudi yang tidak diketahui pelopor gerakan itu yang berpotensi merugikan jemaah haji dan umrah kita. Adakah ini cara yang baik untuk menuntut perubahan karena kita juga perlu mematuhi undang-undang negara lain termasuk Arab Saudi. Saya tidak fikir Arab Saudi akan mendiamkan diri dampak penyiaran melalui YouTube dan laman sosial facebook."
Menurut laporan media, pihak berkuasa Arab Saudi memeriksa penganjur gerakan BERSIH 3.0 di Mekah dan madinah pada 28 April lalu. Menurut Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO, demo di jalanan bukan acuan politik yang sesuai untuk negara ini. (MH)

Baca Juga:

Internasional 4113109547619212924

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item