Petugas Haji Malaysia Ditanggung Negara Bagian

Jakarta (KW-News). Kerajaan Johor memperuntuk sebanyak RM1.8 juta bagi membiayai 366 jemaah haji rombongan kerajaan negeri tahun ini. Me...


Jakarta (KW-News). Kerajaan Johor memperuntuk sebanyak RM1.8 juta bagi membiayai 366 jemaah haji rombongan kerajaan negeri tahun ini. Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata kesemua mereka yang merupakan petugas dan pesara kerajaan itu akan berangkat ke Makkah pada 19 September.
"Selama tiga tahun ini, kerajaan negeri mengekalkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.8 juta setiap tahun untuk membiayai rombongan haji. Alhamdulillah, rakyat Johor sentiasa mahu memenuhi tanggungjawab masing-masing untuk menunaikan haji," katanya pada majlis perjumpaan dengan bakal-bakal haji rombongan kerajaan Johor.
Menurut Abdul Ghani, turut serta dalam rombongan haji kerajaan negeri kali ini ialah 118 orang melibatkan suami, isteri, anak atau ibu bapa penjawat awam dan pesara kerajaan yang menunaikan ibadat haji atas pembiayaan sendiri.
Menurutnya, pembiayaan jemaah haji adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan syiar Islam dan ia merupakan program yang dilakukan setiap tahun sejak puluhan tahun lalu. (Bernama/MH)

Baca Juga:

Internasional 9167015753323673936

Posting Komentar

emo-but-icon

Video Berita Haji

Populer

Terbaru

Iklan

item